Thursday, July 16, 2009

bagi pelajar A1T3, A2T6, A3T9, A4T16

selepas cuti pertengahan cuti semester, anda semua perlu hantar peta minda bab 3 (secara berkumpulan) semasa waktu tutoran .

harap maklum

Wednesday, July 8, 2009

PENGUMUMAN

Bagi Pelajar A1T3, A2T6, A3T9 dan A4T16:

soalan objektif yang miss edar ada perubahan:

bagi mls 216 dan 217, anda tidak perlu mencuba semua soalan, kerana terdapat sesetengah soalan tiada jawapan, selainya jawapan dapat mencari dalam buku.

harap maklumkan.

Semoga Anda berjaya dalam UPS

Monday, July 6, 2009

Soalan Objektif Bab permintaan dan Penawaran

1. Pertambahan permintaan bermaksud ia akan:
A. perpindahan keluk permintaan ke kanan
B. perpindahan keluk permintaan ke kiri
C. pengembangan di sepanjang keluk permintaan
D. pengucupan di sepanjang keluk permintaan

2. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan
A. pembeli sanggup menambahkan keluaran jika harganya meningkat
B. pengeluar sanggup menambahkan keluaran jika harganya meningkat
C. pembeli sanggup menambahkan keluaran jika harganya menurun
D. pengeluar sanggup menambahkan keluaran jika harganya menurun

3. Yang berikut manakah benar tentang keadaan berlakunya kenaikan harga dan kuantiti yang berterusan atas sesuatu barang?
A. panawaran meningkat tetapi permintaan merosot
B. penawaran merosot tetapi permintaan meningkat
C. penawaran dan permintaan merosot
D. permintaan meningkat tetapi penawaran malar

4. Kenaikan harga daging lembut akan menyebabkan keluk penawaran kulit lembut
A. berpindah ke kanan dan harga kulit lembu tidak berubah
B. berpindah ke kanan dan harga kulit lembu akan meningkat
C. berpindah ke kiri dan harga kulit lembu akan meningkat
D. berpindah ke kiri dan harga kulit lembu tidak berubah

5. Perkara-perkara berikut mengalihkan keluk permintaan KECUALI
A. pengurangan pendapatan negara
B. pertambahan jumlah penduduk
C. kenaikan harga barang pengganti
D. kejatuhan harga barang itu sendiri

Sila Cuba Soalan Kuantitatif yang berikut:

jawapannya dalam comment