Tuesday, July 15, 2008

Peta MInda

Kenapa Mesti Belajar Membuat Peta MInda?
Ini kerana
1. peta minda berkesan dalam mendapatkan semula maklumat daripada ingatan .
2. mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman
3. menjimatkan masa, kerana menggunakan kata kunci sahaja
4. simbol, rajah, bongkah dan warna yang digunakan dapat menunjukkan hubungan dengan jelas
5. senang untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh yang nyata dan tersirat.

Bagaimana Membuat Peta Minda?
1. sediakan sehelai kertas, pen pelbagai warna, pensel warna, gunting dan lain-lain1. tuliskan kata kunci yang dapat mengambarkan tajuk yang akan disampaikan
2. letakkan kata kunci di bahagian tengah atau sudut yang senang dilihat, dengan menggunakan kreativiti anda, seperti melukis bulatan, gambar berwarna...
3. bahan grafik seperti anak panah yang berjaring, bentuk geometrik yang sesuai digunakan supaya dapat senang diingati kerana otak kanan suka pada seni dan kreativiti.
4.cabang utama boleh membentuk beberapa cabang lain lagi supaya nampaknya setiap isi adalah berkaiatan
5.gunakan warna yang sesuai dan selesa semasa membaca.